Laman

Wednesday, February 9, 2011

RaHsia TiDur SianG!!



Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'.

Semalam aku ader terbaca paper Berita Harian pasal kebaikan tidur siang. So, ape lagi aku pung terus cepat2 pegi surau untuk melelapkan mata buat seketika. Rela tak makan ni tengahari. Sayang kat mata wei… hahahaha… Tau tak perk!!
So, pada korang yang termiss bace meh sini.. bace nih aku nak citer.. se..citer..se..citer…



Ramai orang berpendapat, kalu tengok orang tidur siang tuh, automatik ar cakap pemalas lar.. tak derk kijer lar.. Wei.. aku pung suke gak tidur siang. Dah tuh terpakse jage malam anak nak susu, so.. cover ar siang.. eleehhh.. cakap banyak lak korang!!!.. kikiki..  Yang sebenarnya tidur SEKETIKA pada waktu siang merupakan satu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh umat islam sejak dahulu sebagaimana dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Dan ia jugak di anggap praktis yang berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga di panggil sebagai POWER NAP.


Daripada fizikal, tidur sekejab pada waktu siang secara berkala membantu meng’segarkan’ otak kite yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi memperbetulkan semula fungsi jantung dah kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen. Pastu dapat baiki sel-sel badan korang dan jugak mengendurkan otot- otot yang digunakan secara active semasa bekerja sejak dari pagi.

Daripada aspek kesihatan mental dan psiologi pulak, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stress sebaik sahaja bangun daripada tidur. So, kalo korang tetibe rase cam stress sangat ngan bos or Supervisor korang.. gi toilet tidur jab 15 minit atas mangkuk tandas.. hahaha… lepas tuh korang akan dapat melaksanakan kerja dengan lebih productive, effective dan jugak efficient hingga ke petang. Pahtu akhir tahun dapat award the best employee of the year… hua..hua..hua..

Ref:  www.sihatselalu.com.my (khairunneezam mohd, nor)






0 comments:

Post a Comment