Laman

Thursday, March 31, 2011

Jangan Bersedih!!

Today khas untuk korang dan jugak diri aku sendiri. Jom mari sama2 kita memotivasikan diri sendiri hari ini. Setelah segala perih jerih yang kita lalui sepanjang beberapa minggu kebelakangan ni, mari sama2 hayati kandungan tertulis ini. Bertuah korang tau!. Bukan senang aku nak merajinkan diri nak menulis menda2 ning sume. Tapi oleh kerana ade one of rakan sekerja aku yang nampak ala2 tension sket tuh.. Jom hayati bersama2...  






Jangan bersedih! kerana kesedihan itu akan membuat harta yang tersimpan di dalam gudang dan di istana2 anda yang indah dan megah dan di dalam kebun - kebun anda yang menghijau itu hanya akan menambahkan kesedihan, kedukaan dan keputusasaan anda sahaja.

Jangan bersedih! kerana korang dan jugak diri aku sendiri masih mempunyai doa, kita masih boleh bersimpuh dihadapan pintu2 Tuhan Yang Maha Kuasa, memohon agar diberikan ketenangan. Kita juga masih memiliki waktu sepertiga akhir malam sebagai waktu mustajab dan masih memiliki waktu untuk menyerahkan segalanya kepada Allah dalam sujud.

Jangan bersedih! kerana kita masih boleh meneguk air yang jernih, dapat menghirup udara yang segar, dapat berjalan diatas kedua kaki yang sihat dan kita juga masih dapat tidur dengan nyenyak pada malam hari.

Jangan bersedih! maafkan orang yang menyakiti kita itu lebih baik walaupun perit kerana dendam akan mengorbankan hati, perasaan kedaimaian, kententeraman dan kebahagiaan kita. Akhirnya, hanya kerugian yang diperolehi.

Jangan bersedih! kerana dunia ini tidak selayak nya ditangisi. Kebahagiaan seseorang akan semakin bertambah apabila dia mampu mengabaikan semua perkara yang temeh dan tidak berguna. Tiada keinginan yang lebih mulia selain keinginan bertemu Allah. Bahagia di akhirat dan damai di sisi-Nya. Tiada ertinya sebuah keinginan yang hanya tertumpu pada kehidupan dunia semata2, keinginan untuk meraih kedudukan, jawatan, harta-benda, nama besar dan kemahsyuran kerana semua ini akan musnah dan lenyap. Sesungguh nya semua keinginan itu hanyalah keinginan yang temeh dan tak ternilai dan ianya dirasakan bernilai dan dipeduli oleh orang yang BODOH yang tidak berharga. Manakala bagi sahabat yang mulia, mereka selalu mengharapkan keutamaan dan KEREDAAN dari ALLAH S.W.T

RUJ: Jangan Bersedih (DR. 'Aidh bin 'Abdullah AL-Qarni)



Wednesday, March 30, 2011

XPDC Mengcandat Sotong





Aku ari ni nak promote.. Jom Kite amik pengalaman bercandat sotonggg...Untuk maklumat lanjut, korang boleh ronda - ronda kat Blog ning http://mycandat.blogspot.com/.. Besttt.. Try larr..



Tu...dia.. dah dapat

Jom Ramai - Ramai...

Tuesday, March 29, 2011

Berkebolehan atau Kroni??



Job promotion di Syarikat anda. Adakah di tawarkan kerana anda berkebolehan? atau pun Kroni semata - mata.? Well.. Bagi aku, kalau company ko tuh Hak Milik Mak Bapak korang (agak kasar yerk sikit.. mintak maaf) korang boleh lar amik sedara mara.. anak2 best preng korang kije kan.. walau pung PMR pung tak lepas. Tapi kalau dah cam International nyer Company, and lucky is you are held the higher position in the Company, better be professional ok..
Pada yang rasa tertindas, aku nasihatkan korang dan diri aku sendiri, biarlah.. biarkan mereka2 bergembira dengan rezeki diorang dulu. Bersabar jerk lar.. kerana Allah S.W.T menjanjikan nikmat rezeki yang tak ternilai kepada hamba2 - Nya yang sabar.. Aminnnn...








                                                                
                    Don't Be Sad.. Always Smile!!









Sunday, March 27, 2011

Stress Di Tempat Kerja??

Before Work / After Work






Erk.. Selalu nya kalau stress kat tempat kijer korang buat ape yerk??.. Kalau aku?.. kalau aku nih lar yang aku buat. Malas nak kijer.. malas nak berkomunikasi ngan bos.. So, aku diam - diamkan diri aku dengan berpoya2 melayari internet dan jugak blog.. hua..hua..hua.. Sorry bos, kepala dah beku. Malas nak layan wat kije2 tuh sume. Nak rileks jab.. kih..kih..kih.. Mood dah lari lar.. 






Anti-Stress Kit

Tak pung. Ikut cara kat atas nun. Anti - Stress Kit. Aku sure lepas nih korang akan mengalami short term memory loss!!. Bagus apa!!.. Korang ilang memori pung kejab jerk. Release ar lepas tuh kan. Tapi kalau tetiba ter - long term, jangan salah kan aku pulak!. Aku bagi idea jerk... hihihi.. So, sekarang nih aku nak kongsi serba sedikit tips cara nak menangani stress kat tempat kije k. INI CARA AKU TAU!!.. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pung yang telah meninggal dunia...

1. Mula-mula stress nak datang aku tetiba jerk rase sakit kepala. Pastuh mulut aku me - lazer2 membebel. Teruskan jerk dengan bebelan tuh. Tapi biase nya aku bebel kat kawan aku. Release jugak lar tension atau pun stress. Sebab kite dah luahkan perasaan yang terbuku di hati kan. Pastuh, member aku plak yang stress sebab sakit telinga dengar aku membebel... hua..hua..hua.. Sorry..

2. Pastu aku blah dari meja kerja aku. Aku berjalan-jalan mengular kesana - kemari.. Lepak pantri.. Ganggu geng2 aku yang ala2 rajin wat kije tuh kan.. Ehemm..ehem.. Pergilar mana kaki aku nak pergi, Janji tak nampak muka Bos aku buat sementara.. huhuhu..

3. Macam aku cakap tadi, aku layan jerk lar internet ker, update blog ker, bace cerpen dalam internet nih ker. Malas dah aku nak mengadap kerja dulu. Biarlah.. ADE AKU KESAH??.. Tapi kalau dekat nak sampai date line tuh, kesah gak aku.. hik..hik..hik

4. OK, cara yang ke - 4 nih, menginsafkan sikit lar. Pergi surau lar kejab. Buat amal ibadat..tenang-tenangkan hati. Berdoa pada Allah S.W.T supaya mempermudahkan kerja kita. Pastu aku terus melelapkan mata buat 15 minit. Tido siang tuh bagus sebenarnya untuk minda kita. (Sila baca Rahsia Tidur Siang.. Click Sini).

Okeh, itu jerk yang aku buat untuk menangani stress. Tapi korang kan kena selalu berfikiran terbuka. Kalau tetiba bos korang buat muka, muncung sedepa yang boleh ikat reben kaler pink.., membebel - bebel kat korang, biase lar.. mungkin dia pung stress jugak. So, mungkin jugak bos korang guna tips aku yang no. 1 tuh kot. Tapi apa2 pung SIAPA YANG SUKA KAT BOS?? kan??. Tapi untuk ORANG YANG KUAT BODEK, aku tak tahu lerr...






Monday, March 21, 2011

Keysha dan Bronchitis?? Part 1

Last Friday aku bawak Keysha pergi refer Specialist sebab dekat 3 minggu dah batuk and selsema dia tak hilang2.. Dengan kahak nya yang aku rasa tersangat lar banyak, sampaikan bernafas pung bunyi kahak jugak. First2 aku pergi klinik yang pertama, dia cakap batuk and selsema jerk. So, dia bagi ubat batuk, selsema dan jugak kahak. 


A week after, lepas aku tengok batuk and selsema ngan kahak lagi tak hilang2, then aku pergi Klinik yang kire famous jugak ar kat K.Terengganu kan. Then, doktor kat situ cakap Keysha dah kena jangkitan virus kat paru-paru. Aku dah risau gile. Kat klinik tuh jugak buat Ubilizer at the same day aku pergi sana coz Dr. pun cakap nampak cam lelah sikit2. So, Doktor kat klinik tuh bagi 4 jenis ubat kat Keysha antara nya ubat batuk + Selsema, ubat Kahak, antibiotik and ubat sihat paru2. Kesian gile aku tengok anak aku sampai kena makan ubat yang sebegitu banyak. Korang bayangkan lah, anak aku baru 5 bulan kan. Pengasuh dia pun cam nak tak nak bagi jerk ubat tuh kat anak aku. Kesian dia cakap. Dah nak wat camne kan? kalu tak makan, nanti tak sihat. Lepas makan ubat2 tuh dalam seminggu gitu, aku tengok still cam tak kurang jugak. Aku pergi lar ke klinik yang ke-3. Doktor pung cakap anak aku cam ade lelah and kahak banyak kat paru-paru. Dia buat ubilizer kat klinik dia pulak skali lagi. Pastuh, lepas tuh aku and Husband buat decision nak refer pakar. Nak tengok apa kata Doktor kat Specialist kan. Sebab susah hati lar sakit anak aku tak elok-elok dah dekat 3 weeks dah.

KAT KMC (Kuantan Medical Centre)


Sesampai jer kat KMC, aku di temukan dengan pakar kanak-kat sini Dr. Yeo. Selepas di periksa dan buat chest x-ray, Dr. cakap Keysha mengalami Bronchitis dan kahak yang banyak di paru-paru. Dr. mengcadangkan anak aku di ward kan untuk membuat Fisioterapi bagi membuang kahak di paru2 dan jugak anak aku terpaksa ambik Nebulizer every four hours untuk menghilangkan kahak2 yang berada di saluran pernafasan.


Keysha and Nebulizer Treatment

Nebulizer treatment untuk Bronchitis nih, function dia adalah untuk merelease kan saluran udara daripada lendir2 seperti gambo kat bawah nih.


 


Korang boleh tengok sendiri lah perbezaan saluran udara yang normal dan jugak Bronchitis. So, seperti yang aku cakap tadi, Nebulizer treatment nih nak membuang lendir2 kuning tuh daripada saluran udara tadi.


To be Continue....



Thursday, March 17, 2011

Tsunami Tragedyy!!




Pertama – tamanya aku mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan kan takziah kepada penduduk Jepun dia atas kehilangan sebahagian besar rakyat dan keluarga akibat Tsunami yang melanda di beberapa daerah di Jepun termasuk Sendai, Natori, Fukushima (Nuclear Plant), Minamisoma dan Miyagi and nak share ngan korang to get an idea of just how bad the Japan catastrophe is, jom kite visit the link below:



Okeh, skang aku nak cite kisah Tsunami yang mendebarkan jugak yang  terjadi kat kampong aku rentetan daripada effect Tsunami kat Jepun nih pada Jumaat lepas 11 March 2011. Nak di jadikan cerita pulak pada hari yang sama, adik aku melangsungkan perkahwinan nya pada Jumaat the same day Tsunami melanda Jepun. Rumah kitorang kat kampong pulak memang dekat giler lar ngan laut. Dekat-dekat sangat. Dekat sedekat-dekatnya.  Mase hari majlis tuh pun memang cuace sedikit mendung, dengan hujan renyai-renyai sekali – skala, pastuh dengan angin yang boleh dikatekan bertiup dengan kencang sikit. Dan pulak ombak pung nampak cam kuat dari biase. Gelombang pun tinggi jugak lar masa tuh. Tapi aku buat derk jerk mase tuh kan. Kami memang membesar kat tepi laut tuh and memang dah maklum dengan keadaan ombak yang macam tuh. Memang tak terfikir langsung pasal Tsunami dan tak tahu langsung Tsunami melanda Jepun pada hari tuh jugak.

Nih lar pantai kampung aku (Pantai Batu Pelanduk, Kampung Kuala Abang.) Mase nih air laut cantik.. Tak bergelora

Then, dekat-dekat nak pukul 6 petang, majlis dah nak berakhir , datang lar mak cik aku dengan tergesa-gesa. Aku orang yang first skali mak cik aku bagitau. “Ngah..Ngah.. cepat lari!!.. Bomba kawan ayoh cik bagi tau Tsunami kat Jepun kul 2 lebih tadi dan jangka sampai kat kita pukul 6.30 nanti.. Cepat ngah.. lari!!..” cam tuh lar ayat mak cik aku masa tuh. Bila dengor jerk macam tuh aku dah rasa darah dah naik kat kepala dah. Muke memang kalu tengok cermin pung mase tuh dah tak derk darah dah aku rasa. Pastuh aku terus dukung Keysha, cari husband aku kat dalam rumah. Aku amik apa yang patut.. barang2 berharga pastuh capai susu Keysha and Khayra dan terus turun dari rumah nak amik Khayra kat bawah. Pastuh cari punya cari tak jumpa pulak Khayra ngan Acu dia. Kemana lar dia pergi nih.. aku dah cuak giler.. nak nangis pung ader. Mana lar anak aku ngan adik aku pergi ni kan.. Semua orang dah naik kereta dah lari masuk kampong dalam, belakang bukit tuh. Tinggal aku, ngan parent aku terkial-kial cari dua orang nih. Aku call adik aku yang pengantin ari tuh tanya Nampak tak Khayra ngan Syafika (Acu), dia cakap takderk ngan diorang. Aku call kakak aku pun, diorang cakap tak ada.. Kemana lar diorang nih pergi. Ya Allah… !! takut nyer aku masa tuh. Dah lar masa tengah kitaorang bersiap-siap nak lari tuh, tetiba bunyi helicopter kat atas buat tinjauan.. lagilar kita orang cuak kan…

Last2 my husband buat decision cari skali lagi dalam rumah and luar rumah, then kalu takder gak kite pergi dulu.. Nanti call sape-sape kat sana cari. So, bila dah sah and puas hati cari tak jumpa, kitaorang pung lari masuk kampong dalam. On the way tuh, my sis call dia cakap anak aku Khayra & Syafika (Acu) ade kat umah Bapak Sedara aku kat dalam.. Syukurr.. tak terkira and lega sangat rasa nya. Rupa-rupa nya sepupu aku, anak pak cik aku nih dah larikan diaorang dengan motor. Dengan tak sempat pakai selipar nya. Sampai sana, aku terus dapat kan anak aku. Kesian dia.. Sambil peluk aku anak aku cakap.. “Ibu..Takut..takut..takut” sambil nangis.. Sampai aku pung sebak rasa nya. Then, bila dah rasa selamat kat sana, Ayah aku call Bomba and Polis sebab nak mengesahkan berita ni. Diorang cakap tak ada apa2 Cuma just suruh berjaga – jaga dan jangan hampiri pantai. Itu jerk.. Tapi perasaan kitaorang still tak tenang lagi. Yer lar kan, berjaga-jaga pung, kalu betul sampai..(nauzubillah..) kita orang yang first2 kena tau, sebab rumah kitaorang rapat ngan pantai. Pastuh dalam pukul 7 petang gitu. Bile perasaan dah reda sikit, kitaorang pung berpakat nak balik kemas-kemas apa yang patut. Yer lar.. majlis kawin tuh kitaorang tinggalkan camtuh jerk. Dengan P. A system still kat luar lagi. Dengan rumah yang tak berkunci dan bertutup. So, anak-anak kecik kitaorang tinggalkan kat umah Pak Sedara aku. Yang dewasa balik kejab, ambik baju-baju. Malam nih memang dah sah tidur kat rumah pak cik aku. Memang tak derk makna nya aku nak tidur umah kat kampong aku dah malam tuh. Menggigil aku nih sebab takut pung tak habis lagi. Kira nya semua orang satu kampong lari hari tuh.

Lepas kemas – kemas apa yang patut, husband aku decide ajak aku stay kat Motel Desa, atas Bukit Pak Apil, Chabang 3 Kuala Terengganu. So, malam tuh aku tidur kat atas bukit tuh lar. Nasib baik ada jugak tempat penginapan kat atas bukit nun. Adik aku plak si pengantin balik rumah mak mertua dia kat Manir. Hmm.. tak yah buat majlis hantar menantu lar lepas nih. Pengantin pompuan dah balik sendiri. Hihihi… Keesokan harinya, aku balik kampong aku.. tolong kemas2 apa yang patut. Malam berikut nya Husband aku ajak aku tidur rumah Mak Mertua aku kat marang pulak. Tepi pantai jugak.. aku ajak dia tidur kat Motel Desa tuh lagi. Dia tak nak. Dia cakap dah tak ada ape2 dah. So, malam tuh aku tidur lar kat Rumah mak mertua aku dengan perasaan tak tenang. Fobia Tsunami tak abis lagi. Dengan bunyi ombak nya yang kuat, memang aku tak boleh tidur langsung malam tuh.. Dah sakit kepala dah aku malam tuh duk pikir pasal Tsunami tuh. Itu baru sikit Allah S.W.T nak uji tuh. Kena gertak cam tuh, masing2 dah susah hati dah. Terpikir aku cam mana lah dengan penduduk2 kat Aceh dulu yang dilanda Tsunami dan yang terbaru Japan. Dengan anak2 yang hilang ibu bapa.. Ibu bapa yang kehilangan anak2 dan ahli keluarga. Bila berhadapan dengan situasi cam ni, aku dapat rasa cam mana keadaan diorang masa tuh. Allahuakbar!!.. Fikirkanlah…

Motel Desa Kuala Terengganu
Motel Desa, Bukit Pak Apil





Anak2 aku yang ketakutan dan keletihan





Anyway, untuk adik aku.. whatever pung, Selamat Pengantin Baru. Walaupun majlis perkahwinan penuh dengan tragedi, tetapi Alahamdullilah.. ia berakhir dengan penuh jaya nya.. ahaks!



Selamat Pengantin Baru Buat Kak Cik & Mie