Laman

Sunday, August 21, 2011

Poyo Sendiri?

Kuang..Kuang..Kuang.. bulan puasa ni aku rasa macam malas nak kerja larr... So, tengah-tangah buat kerja ni aku rasa cam nak poyo sikit.. Selapas anda melihat aksi yang ala-ala perasan comel ni, sila jangan mual yerk...
Hua..hua..hua..





Bukan aku saja.. Kesya pung macam Ibu dia jugak tau...



Hmm.. my husband pung tumpang poyo...



Erk Khayra? hahahaha...Lagi poyo...





Elia pung nak join skali?.. sebuuukkkk jerk..



Okeh... abis dah... 



Monday, August 15, 2011

Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa....

Email yang aku terima dari member office hari ni. Sampai menitis air mata aku dikala membaca cerita ni. Untuk korang suma, aku kongsi kan...




Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana .

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011-  Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011-  Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011-  Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam  abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011-  Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011-  Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011-  Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.



8 April 2011-  Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia




9 April 2011-  Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat  abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat  tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa). 

Wednesday, August 10, 2011

Bos korang sangat memuak kan? Benci..!!!


bad boss cartoons, bad boss cartoon, bad boss picture, bad boss pictures, bad boss image, bad boss images, bad boss illustration, bad boss illustrations


Ok again, this is my own way how to handle a very annoying bos ok.. Kalau korang rasa nak try leh aje.. Kalau rasa cam bodoh jerk cara aku ni, korang baca jerk larrr.. jangan ikut pulak.. nak kutuk aku?.. Ade aku kesah???

Kadang – kadang ada sesetengah bos ni, saja jerk nak sakit kan hati kita. Let say, dia ada group2 yang dia concern.. So, dia mula lah bercakap dengan kuat sambil gelak2 bergurau senda dengan balaci2 dia. Plan nak pergi situ lah… nak pergi sini lah.. berpiknik lah.. berparti lah dengan balaci2 dia tuh!.. Kita yang dengar ni jadi sakit hati dan juga sedih kadang2.. betul tak? Tak betul? Hmmm… korang jangan tipuuuu… ada kan sikit terasa??? Walaupun buat2 tak KESAH, tapi terasa jugak kan???...kan?..kan?

APA YANG AKU BUAT?

Tak banyak, tapi boleh lah menahan diri dari sakit hati. Kalau aku, aku Nampak jer bos ni cam nak start dah pergurauan senda dia tuh, aku cepat2 cabut dari desk aku.  TAK NAK DENGAR!!! JANGAN DENGAR..! & JANGAN TENGOK!! Perlakuan diorang, perbualan diorang, jangan dengar ketawa diaorang tuh suma. Kalau aku busy, tak boleh lari.. aku pekak kan telinga dengan lagu2 yang tahap Metalicca gitu. Dengan earphone arr.. takkan ko nak pasang speaker sampai satu opis dengar kot kan? Sebab, kalau korang tak dengar korang tak tahu kan.. Yang balaci2 ni pulak ada sesetengah tuh, memang saja nak bagi korang jeles jugak.. menyendel sana, menyendel sini ngan si Bos ni.. so, korang takde, diorang pulak nanti yang ala2 ada sakit hati sebab nak jeleskan korang tak dapat kan, sebab korang dah cabut awal.

Ada setengah bos ni jugak, saja jerk nak cari kesalahan korang kan.. apa yang korang buat semua tak kena. Pas tuh, kerja korang yang dah ada, saja nak tambah tambah kan.. Sakitt hati nyerrrr dapat bos yang  menopause ni!!..

APA YANG AKU BUAT?

Takpe, bagi aku, aku buat jer.. cepat  / atau lambat. Kita mesti berfikiran positif (Walaupun dalam hati tahap Cipan punye geram!). Biasa nya aku sematkan dalam minda aku, yang bos saja menambahkan kerja aku sebab dia percaya dan confident pada kemampuan aku. So, buat jerk lar dengan ikhlas, sabar dan jangan memasam kan muka dengan bos ok.. senyum jer.. buat cam tak ada apa-apa.. mesti dia tak puas hati jugak.. hahaha.. Kalau bos suruh buat, jawab jerk dengan nada yang ceria.. “Baik bos, saya akan buat.. (senyum meleret sket) ada apa-apa lagi nak tambah?”.. hahaha… ok tak?


Ada juga kala nya Bos ni bertalam dua muka. Sebab apa? Balaci2 dia tak ada ke, busy ker nak melayan dia.. Dia datang lar dekat korang dengan muka yang manis cuba nak bergurau senda dengan korang kan.. Ceh! Menyampah.. 

APA YANG AKU BUAT

Yang aku buat, aku layan jerk.. buat2 gelak and buat2 senyum.. tapi korang jangan cakap banyak tau!. Angguk2.. geleng2 pastu mengiyakan jerk.. contoh: "oooo.. yerker?.. atau Hmm.." Just dengar jerk apa yang dia nak kata sambil mata korang pandang kat dia kejab, pastuh pandang kat pc. Konon2 korang banyak kerja ni, tapi terpaksa layan dia cakap.
Walaupun masa tuh kerja korang tak lah urgent, tapi korang carilar apa2 kerja even kerja tuh korang dah siapkan. Then, kalau nampak jer bos tuh on the way nak datang kat korang, korang buat muke ala2 banyak kerja gile.. buat muke berkerut ke.. masam ke.. konon nya banyak nyee kerja aku hari ni.. hik..hik..hik

Okeh, itu jerk setakat yang termampu aku kongsi. Sebab aku nak start wat kerja pulak. Apa yang tercoret kat atas nun boleh dia katakan luahan perasaan jugak lah.. Haaa... legaaa.....









Monday, August 1, 2011

KONTROVERSI CINTA KHAIRUL FAHMI DAN ELIA


apek elia


Saja aku nak ngada2 selit kan diri bercerita pasal kontroversi ni, yang heboh di Harian Metro. Tapi statement kat entri aku nih, bukan aku yang cakap ek... tapi
I LIKEEE!!!... nge..nge..nge..

Antaranya:


didi says:
alahaia si gedik ni pn ckp putaq belit…ko gila glamer ke,,sedar la ko tu pn femes sbb dok jaja cerita sluar dalm apek kat blog ko..aku rasa ko yg tkt apek tu ada gf baru sbb tu ko cpt2 nk tunang..ko mtk pjelasan apek,,mmg la dia bz bln lepas byk game msia lwn,,apek xnk kusut kpala otak dia,,klu ko pmpuan baik ko akan pahham kdaan dia,,sbr byk2,,dh gedik sgt nk tunang muda2 ha kena dugaan skit dh panas,,ko kn tau bw diri..bia la apek tu nk kua statement ape kat paper.ko tu pihak pmpuan xpyh nk bls2 kat paper gak,,ko ingt ko tu sape??artis ke?hello lbh baik ko diam xpyh nk jaja cerita kat wartawan,,ko pn tau wartawan ni mmg suka story kisah cerai berai putus tunang org ni,,bia la apek nk ckp ape dh mmg dia femes,,tp ko xpyh la nk tmpg skaki sbb ko tu stakat tmpang populariti ja,,klu btl ko sakit ht ko p saman apek tu upah lawyer diam2,,xpyh bg statement apa kat press..skrg ni bulan puasa,,geli geleman tgk metro dok jaja cerita korg..and then elia,,grow up..mature la skit,,klu dugaan mcm ni pn ko nk melenting,,come on la klu ko kawen dgn apek tu nt..hancur la rumah tangga korg..so ada hikmah dia pn korg putus tunang..apek bleh fokus kat career..lgpn dia muda maa br 22,,femes plak tu,,mmg time bfoya2,,tetiba nk kena ada komitmen serius plak,,pastu ko nk ngada2 plak..sapa tahan beb..ko tunang cpt dgn apek pn abb ko takut dia lari p kat pmpuan lain kan,,come on la open ur mind..jd bijak la..klu tu bkn jodoh ko mmg ko xdpt dia,,tp klu tu jodoh yg Tuhan bg tuk ko,,apek femes 1 dunia ppn mst dia dtg blk kat ko..aku rasa elia yg mula wat pangai gedik gila glamor,,then apek fade up…Sabar la kumbang bkn sekoq dik oii,,laki yg baik utk pmpuan yg baik, laki jahat tuk pmpuan jahat..tu janji Tuhan..slamat puasa,,mlm2 p la terawih,,klu tak pts tunang nk kena p dating dgn apek..kan ada hikmah smua ni,,buka minda luas2..jgn sempit mcm kotak!!
Hot debate. What do you think? Thumb up 19 Thumb down 14
      • strawbery_ijau muda says:
        betol la kan bulan lalu malaysia byk game lwn arsenal, chlsea, lvrpool…team name2 besar.. kene la study lbh taktik lwn cmne utk dbw lwn singapore lak..
        ni nk ajak brbincang time2 ngah sbok ..bincang la after sume game abis…
        septutny elia ni lbh phm tugas KFCM sebagai gol keeper besar… bkn menambah masalah yg sedia ada keruh… yg si kakak plak jgn masuk cmpur… kalo dah masalh gini tahan jari2 runcing (kononnya) dari mgunakan medium fb, blog atau twiter utk melepas kan kemarahan dgn memaki hamun atau meluahkan perasaan to…kerana lelaki adalah amat sensitif apbila wanita mengutuk tntang keluarga n ibubp ny…msti masalah akn bertambah..
        berfikiran positif dan berserah kepada ALLAH adalah lbh baik…
        kepada elia akak nasihatkan jd la diri lebih matang, jgn terlalu berceritakan hal percintaan anda KFCM dlm ruangan anda…bersederhana je la jgn over cook xsedap raseny ..lg 1 lbh memahami tugas KFCM sebagai gol keeper
        kepada KFCM pn begito
        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0


Rooooney says:
Cari je lain Fahmi.
Elia ni bukan nya lawa sangat pun. Yang paling geli tu menggelabah dekat blog dia. EEeee berangan mak anak beranak nih.
Diorang ni sebenarnya gila glamour, kakak dia pun sama. Oh yeah, rasanya barang barang hantaran yang KONONNYA si Elia dah buat separuh jalan tu pas lah dekat kakak dia.
Ye la nanti orang kata LANGKAH BENDUL pulak kan?
Eee, bosan aku orang kampung macam Elia ni.
TAK SEDAR HULU !

ayu says:
harap2 cepatla isu ni tamat, tak perlu berbalas2 statement…nanti masing2 malu..takkan abis punyer lah
apapun, ni lah gunanya perasaan MALU
MALU untuk menceritakan hal-hal peribadi
MALU untuk menghebah2kan maksiat (maaflah, mungkin budaya bercinta , gambar sakan berdua, berdating tu biada, tapi ia TETAP HARAM dalam islam) dan bayangkanlah bila disebarkan dan dibangga2kan
MALU untuk menghebah2kan sesuatu yang belum pasti jadi milik kita
MALU untuk buat sesuatu yg menyebabkan maruah kita sebagai perempuan rendah..
UNTUK WANITA ~~~~
MALUMU MAHKOTA YANG TIDAK PERLUKAN SINGGAHSANA
TETAPI IA BERKUASA MENJAGA DIRI DAN NAMA
TIADA SIAPA YANG DAPAT MERAMPASNYA
KECUALI DIRIMU YANG PERGI MENYERAH DIRI
Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0



Seketika Malaysia Vs. Singapore

Tidak ketinggalan aku and family sama-sama bersemangat waja menyokong penuh team Malaysia melawan Singapore last Thursday hahaha... Walaupun malaysia gagal melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan piala dunia, tapi aku masih berbangga dengan team Malaysia. Memang nampak kesungguhan nya.. Wah ! gitu...


Tapi bagi aku, cara permainan Singapore team malam tuh memang PENGECUT!!. Buat-buat sakit.. buat-buat jatuh bukan lah satu helah yang bijak hendak memenangi perlawanan  malam tu. Mungkin jugak sebab diorang ni ayam2 tua kot.. tak larat dah nak main, so.. gunalah helah kotor yang macam tuh.

Menang atau kalah memang adat permainan. Whateberpung, Malaysia team tetap dihati... Jangan lupa, kita masih lagi ada team untuk olimpik yerrr... marilah kita sama2 memberi sokongan padu pada team olimpik pulak key..!!

Baru sampai, rilex dulu kat luar sebelum bersesak masuk stadium

Over gitu my Husband.. :)

Ciann Keysha.. Layankan jerk lar Mak Bapak awak nih...


Potong Stim tul ar Khayra nih.. Ibu ngan Abah tengah syok posing, dia korek idung plak nge..nge..nge..

3 - 0.. Walaupun tak menjadi, tapi we all still proud of you Malaysia Team!! The Best!



Kalah ker... menang ker.. ader aku KESAH?? baik tidur... ZZZzzzz..ZZ nak mimpi uncle Khairul Fahmi jab.. ZZzzzz