Laman

Sunday, November 20, 2011

Ada anak boleh bala?

Semalam tak sempat nak buat post baru sebab ada exam.. Hahaha..Exam memasuki perkhidmatan awam.. malas lah nak cite panjang -panjang sebab this time kali ke - 5 aku ambik.. Adakah otak ku yang lembab atau pun memang sudah nak masuk kerja GOMEN ni kan.. Tapi aku tak nak cerita pasal ni aku nak cerita pasal statement as per below, yang dipetik khas daipada Facebook aku. Sorry kepada penulis ni. Tapi aku memang tak setuju dengan pendapat dia yang menyatakan anak pun boleh mendatangkan bala. Pada aku anak itu anugerah dan rezeki Allah S.W.T yang amat bernilai bukan bala ya cik penulis. Mungkin ada maksud yang tersirat disebalik statement dekat bawah, tetapi anda harus berfikir dengan sedalam - dalam nya sebelum mengeluarkan atau menulis satu - satu pendapat. 



Permata Hati Khayra & Keysha



Betul kata anda, tak ada anak pun bahagia. Saya bersetuju. Ramai pasangan2 yang bahagia sampai ketua walaupun mereka tidak mempunyai anak contoh nya Mak Cik cleaner aku kat opis ni yer.. Dan aku sebagai ibu kepada 2 orang anak, tak pernah pun rasa stress dalam menjaga anak-anak aku walaupun aku bekerjaya. Balik rumah dalam keadaan yang letih, sempat lagi masak, kemas rumah dan sebagainya. Pada aku, aku rasa tenang bila lihat wajah mulus anak2 aku.. tidak ada satu perkataan pun yang dipanggil STRESS. Aku tak pasti pulak penulis ni selalu stress ngan anak2 dia kan... Sedih sungguh dengan penulis ni.. Ataupun dia memang tak kahwin lagi, tak dapat rasakan naluri dan perasaan seorang ibu..


Ya betul, di akhirat nanti akan ditanya Allah S.W.T macam mana kita menjaga anak - anak kita, bagi orang yang tidak bertanggungjawab pada anak - anak dia lah aku rasa. Pada ibu bapa yang dah berusaha membimbing anak-anak mereka, tetapi gagal walaupun telah berusaha dan mencuba, berdoa kepada Allah S.W.T,  anggap sahaja ia nya ujian dari Allah S.W.T untuk menguji sejauh mana kesabaran kita. Bukan satu BALA. Tapi satu UJIAN.  


Allahualam...





Status update

By (Sorry tak nak siarkan nama penulis)
Emak akak nasihat: orang takde anak jangan sangka tak bahagia --- anak pun boleh mendatangkan bala, kalau takde anak duduk dua orang elek-elok pun takpe, janji mesti dua-dua setuju nak "work on" mencari kebahagiaan dgn apa yang sudah ada.... 

ANAK tak menjanjikan kebahagiaan, bila ada anak stress kita amatlah tinggi - orang tak cakap saja kat kita ~ dan nanti kita kena jawab dgn ALLAH di akhirat sejauh mana kita menjaga amanahnya memebesarkan anak? mendidiknya sembahyang & dsbgnya.... jadi bersyukurlah kawan2...


0 comments:

Post a Comment