Laman

Thursday, January 10, 2013

Bila Usia Anda Menjangkau 30an


Tak sanggup rasanya nak mengharungi satu lagi tahun yang mengingatkan aku akan pertambahan bilangan usia!!!... Kalau di fikirkan, kan best jadi Bella Swan dalam cerita twilight tu when her age stop at 19 dan jugak immortal. Pernah jugak aku terfikir perasaan gila, hmm.. kalau vampire tu benar-benar wujudkan best.. Suruh sahaja Edward Cullen gigit aku, then my age will stop at 30.. hahaha.. Pastu aku pun gigit pulak my husband.. Bila Khayra ngan Keysha at 25, gigit pulak diorang.. kuang..kuang..kuang...



Gila kau tak risau bila age dah menjangkau 30++.. Bila bilangan usia bertambah, akan bertambah lah bilangan kedut kedutan diwajah.. ARGHHH... Tidakkk!!!.. Jadi mula lah perasaan stress macam ni cari product2 kecantikan Anti-aging serum cream, Anti-aging cleanser, Anti-aging powder.. Kira nya semua Anti-aging lah konon.. Huh!.. memang stress..
Jamu mak dara, Jamu sari rapat semua di beli.. Orang cakap pasal product apa lagi yang tegangkan muka? Semua kau beli kan?? Collagen. lah, Vitamin C lah.. hmm apa lagi, hah sheep placenta pun kau sapu jugak.. Betul tak???.. Sebab aku pun macam ni isk..isk..isk..

                      




Lepas tuh, masa ini lah, pusat-pusat kecantikan dan rawatan wajah di lawati.. hua..hua..hua.. 
Herbaline lah, NewCell lah.. apa lagi? macam-macam lah kan. Itu belum termasuk anggota badan yang dulu 34 26 34. Sekarang lepas bersalin sesetengah tu dah jadi 34 40 58 ish..ish.. Nauzubillah... 

Kalau Husband pun cutting besar tak apa.. Ini husband macam Aaron Aziz, bini macam cutting "tersebut", lagi - lagi la stress. Buat nya matanya menjeling ke arah makhluk yang macam Pretty Zinta, tak ke naya aku??

Kalau boleh nak jadi macam artis. Macam Cik Ta ke.. fuyoo!! bergetah siottt!!!.. Macam Erra Fazira ke.. Hmm.. Macam anak dara..

                  

Haishh!!.. Tak tahu lah.... So anda bagaimana???




Monday, January 7, 2013

Ribut Tropika SONAMU

Hari ni rata-rate FB friends memperkatakan tentang Ribut Tropika SONAMU yang akan melanda Malaysia, ramalan nya pukul 2.00 petang esok. 

Cloud map



Negeri-Negeri yang bakal terjejas adalah penduduk negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Ya Allah.. risau nya.. Kalau tengok dari gambar kat atas memang Terengganu adalah negeri yang terdekat dengan ribut tersebut. And some says Dungun adalah lokasi utama...

Max Predicted Wind Speed 45 knots / 52 MPH at 

Photo: YA ALLAH ..

YA ALLLAH,LINDUNGI LH TERENGGANU DAN SELURUH RAKYATNYA DARIPADA RIBUT TROPIKA SONAMU,,,AMIN


Monday, December 31, 2012

Skuad Terengganu Team 2013 (T-Team)

Tanggal 28 December 2012 pukul 3.40 ptg.. Sampai jer aku kat stadium KT, untuk meyaksikan seisi pengenalan for a new t-team player 2013. Panas terik mencekam kulit dan tercari - cari oleh ku akan tempat berteduh bersama suami dan anak2 tersayang. Actually baru balik dari facial kat Herbaline KT. Terus my husband ajak pergi tengok alang2 tak ada apa nak buatkan. Peminat2 T-team ni pulak tak lar ramai sangat yang datang.. Mungkin sebab T-Team kot.. Bukan Terengganu FC.. huhu.. betul tak aku ni.. Ah lantak lah. Program start pukul 4 petang.. Amik gambo beramai-ramai.. Tapi kitaorang duduk nun jauh dibawah pokok.. Malas nak kelam serabut dengan orang. Kejab-kejab agi aku pergi lar.. Kasi orang surut sikit.. Susah dengan anak2 ni..

So, this is current T-Team Coaching Staff for 2013

Ceo - Abdul Rasid Jusoh Malaysia
Manager - Rozi Mamat Malaysia
Assistant Manager - Haji Zainal Abidin Hussain Malaysia
Assistant Manager - Dato' Wan Ahmas Nizam Malaysia
Head team coach - Peter James Butler England
Assistant coach - Yusof Ali Malaysia
Coach - Mustaffa Kamal Wahab Malaysia
President's cup  coach - Mohd Azhari Salim Malaysia
President's cup manager - Ahmad Shahrizal Yahya
GoalKeeping coach - Sebastian Knapoc  Croatia
Physiotherapist - Mohd Noruddin Abdul Manaf Malaysia

And Player2


No.PositionPlayer
1MalaysiaGKSuhardy Alby
2MalaysiaMFIsma Alif Mohd Salim
3MalaysiaMFMat Saiful Mohamad
4MalaysiaDFMohd Shazlan Alias
5MalaysiaMFMohd Hasbullah Awang
6MalaysiaFWMohd Muinuddin Mokhtar
7NetherlandsMFGeorge Boateng
8MalaysiaDFMohd Hassan Basri
9MalaysiaDFMohd Aizulridzwan Razali
10Republic of IrelandFWCaleb Folan
11MalaysiaDFMohd Nuraliff Zainal Abidin
12MalaysiaMFBadrul Hisyam Morris
13MalaysiaFWAbdul Latif Suhaimi
14MalaysiaDFG. Mahathevan
No.PositionPlayer
15MalaysiaMFAzrul Hazran Amiludin Baki
16MalaysiaFWYusri Abas
17MalaysiaDFMohd Marzuki Yusof
18MalaysiaDFMazlizam Mohamad
19MalaysiaMFShafuan Adli Shaari
20MalaysiaMFPritam Singh Charun Singh
21MalaysiaGKMohd Iqbal Suhaimi
22MalaysiaMFMuhamad Naim Zakaria
23MalaysiaDFMohd Syuhiran Zainal
24MalaysiaMFMuhammad Hafizan Talib
25MalaysiaMFAhmah Takhiyuddin Roslan
26MalaysiaDFHumaidi Azmi
27MalaysiaFWFazuan Abdullah


Sumber : en.wikipedia.org/wiki/PBDKT_T-Team_FC

Orait.. 

So, lets continue pasal kisah aku yang merana jiwa dan keadaan rasa terkilan luar dan  dalam ni.. Uiks..!!
Selepas beberapa ketika menunggu di bawah pokok, hari pun mau hujan, aku pun ajak lah my husband mendekat-dekatkan diri dan berkenalan dengan player2 t-team yang berada di atas padang tersebut. Rapat punya rapat.. Aiks??? Yang aku nampak atas padang hanyalah permain import, coach2 import dan jugak peminat-peminat. Sempatlah aku yang gila glamour ni bergambar dengan diorang. Keh..keh.. Mesti korang jealous tahap cipan tak makan kan??? 



Abah : Hi How are you?
Sebastian: Hi Gud2..
Abah: What is your role
Sebastian: I'm a Keeper Coach
Abah: Where r you from?
Sebastian: Croatia
Abah: Ooo.. Erk can we take a picture?
Sebastian: Yes..yes of course.. (Smile)

(Hahaha... macam tuh lar lebih kurang...)

Abah: Ok Thank You (Salam)..

Erk... Tiba2

Ibu: Wait2 my turn...my turn..

Hahaha.. Gediks tak aku??? Hmm... Memang Tinggi tahap galah panjang lah mamat ni..

Selepas beratur lebih kurang tak lama, dapat aku bergambar dengan import player T-team iaitu Caleb Folan from Ireland.. Tapi tak tahu lah pulak Pak Cik mana yang menempel kat sebelah sana.. huhuhu.. 

Next....

The one and only George Boteng from Netherlands.. Dia ni lagi ramah tamah.. 

Dan...


Itu dia..... Head team coach - Peter James Butler. Dia ni pun ok jugak.. Tak lah tinggi sangat macam yang lain-lain tuh kan...


Hmm... Dah lepas bergambar ngan diorang, aku pun mula lah mencari-cari T-Team punya local player. Hairan jugak aku, dekat 45 minit duduk berebut-rebut nak bergambar, seorang local player pun aku tak nampak. Adakah tidak mahu kah mereka bermesra dengan peminat-peminat mereka? Sedih betul!!

Then, apa lagi nak tunggu.. balik lah. On the way ke pintu keluar, baru lah aku nampak diorang. Rupa nya 'bersembunyi' dalam bilik persalinan??.. Hmm... Tak mesraaa!!.... (ala2 Bob Mesra). Dah lah aku datang dari jauh nak jumpa diorang. Kemaman beb!!!.. 2 Jam.. Sedeyyy!!!

SODAH LAH!!! Isk...isk...