Laman

Thursday, November 24, 2011

Novel Pilihan Awak Suka Saya Tak?

Pergh..! Jenuh aku nak perabihkan Novel ni. Tebal gila. Tolak campur, ambik masa dalam 2 minggu jugak lah. Nak wat cam mana, merangkap suri rumah tanggakan.. anak-anak dan suami di dahulukan.... ada masa terluang sikit baru sambung baca.





Okey, it's time to critics. Hehehe... tak ada lah bukan nak kritik tapi lebih kepada pendapat aku tentang novel ni. Orait, Hmm best.. tapi best jugak.. tapi ok lah. Bagi aku cerita ni Hero da n Heroin dia terlalu perfectlah. Hilman yang hensem, kaya, mixed, tegap .. pendek kata terlalu perfect lah sangat ciri - ciri dia siap pandai kungfu segala lagi. Yang perempuan pulak pun perfect, putih, mata cantik, jari runcing, kaya jugak. Hmm.. maksud nya di cerita cinta pasal orang-orang kayalah. 


Novel bagus banyak info. Tapi kalau difikirkan salah satu penyebab utama ketebalan novel ni adalah keran info - info tersebut. Tapi ok lah penulis ni, dia meng"clamp" kan info dalam cerita. Tapi kadang - kadang boring jugak kalau terlampau banyak kan? Kita nak tahu kisah cinta diorang, bukan padat sangat dengan benda2 lain kan? hehehe.. aku lar.. korang mungkin lain pendapat.


Satu lagi yang agak kelakar pada aku pengunaan TER (Terengganu Equestrian Resort) digantikan sebagai TIR. Hmm.. TIR stand for apa ya? Sebab cerita ni, konon nya Hilman bukak resort ni di Terengganu dan ada club kuda lagi kan. Hmm.. maybe TER tuh boleh ditukarkan kepada HER (Hilman Equestrian Resort) ker... kan. Hehehe.. Sebab aku orang Terengganu kan, jadi cam pelik sikit ar.


Kelakar: Tak sangat
Sedih    : Lagi lar tak
Bintang: 3 jerk

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda Malaya Gempak!


Wah! rase macam senget sekejab kepala aku tengok perlawanan bola Malaysia Vs. Indonesia semalam. Gila.. cam nak pengsan aku tahan nafas. My husband pulak siap berpeluh-peluh lagi. Hhahaa... macam dia pulak yang main. Aircond 24 darjah tak rasa.. Tapi betul memang suspen gila. Kita yang tengok ni dah macam nerves gila, macam mana dengan player yang berjuang tu ek? Aku memang respect.. suspect habis kat player muda negara. Semangat juang yang berterusan tanpa kenal erti penat lelah.. Nak nangis pun ada semalam.. isk..isk.. terharu aku...

Ini lah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
untuk ibu pertiwi..
Jeng..jeng..jeng..





Hahaha... Bangga aku dengan budak - budak muda ni. Speechless, tak tahu nak puji macam mana lagi. Dengan suasana yang penuh dengan penyokong Indonesia, hanya beberapa kerat je penyokong Malaysia. Dengan layanan yang diberikan oleh Indonesia kepada negara kita amatlah mengejewakan. Lagi tidak menghormati lagu kebangsaan negara kita. They have to learn how to respect others. 

Namun ejekan mereka bagaikan satu SEMANGAT buat kita. Kemenangan kita telah membisukan mereka. Tak kisah lah pingat emas mereka mencecah 500 pun. Tapi tidak akan sama dengan pingat emas ini yang SATU .. hungga...hungga..



Tapi tak semua rakyat mereka yang tak baik. Ada ramai jugak yang berfikiran jauh dan terbuka seperti statement kat bawah. Bagus..bagus bangat. Jadikan lah ianya sebagai satu pengajaran kepada korang ok.. 



Don't be sad friend.. it's just a game... ok... Peaceee...





Sunday, November 20, 2011

Ada anak boleh bala?

Semalam tak sempat nak buat post baru sebab ada exam.. Hahaha..Exam memasuki perkhidmatan awam.. malas lah nak cite panjang -panjang sebab this time kali ke - 5 aku ambik.. Adakah otak ku yang lembab atau pun memang sudah nak masuk kerja GOMEN ni kan.. Tapi aku tak nak cerita pasal ni aku nak cerita pasal statement as per below, yang dipetik khas daipada Facebook aku. Sorry kepada penulis ni. Tapi aku memang tak setuju dengan pendapat dia yang menyatakan anak pun boleh mendatangkan bala. Pada aku anak itu anugerah dan rezeki Allah S.W.T yang amat bernilai bukan bala ya cik penulis. Mungkin ada maksud yang tersirat disebalik statement dekat bawah, tetapi anda harus berfikir dengan sedalam - dalam nya sebelum mengeluarkan atau menulis satu - satu pendapat. 



Permata Hati Khayra & Keysha



Betul kata anda, tak ada anak pun bahagia. Saya bersetuju. Ramai pasangan2 yang bahagia sampai ketua walaupun mereka tidak mempunyai anak contoh nya Mak Cik cleaner aku kat opis ni yer.. Dan aku sebagai ibu kepada 2 orang anak, tak pernah pun rasa stress dalam menjaga anak-anak aku walaupun aku bekerjaya. Balik rumah dalam keadaan yang letih, sempat lagi masak, kemas rumah dan sebagainya. Pada aku, aku rasa tenang bila lihat wajah mulus anak2 aku.. tidak ada satu perkataan pun yang dipanggil STRESS. Aku tak pasti pulak penulis ni selalu stress ngan anak2 dia kan... Sedih sungguh dengan penulis ni.. Ataupun dia memang tak kahwin lagi, tak dapat rasakan naluri dan perasaan seorang ibu..


Ya betul, di akhirat nanti akan ditanya Allah S.W.T macam mana kita menjaga anak - anak kita, bagi orang yang tidak bertanggungjawab pada anak - anak dia lah aku rasa. Pada ibu bapa yang dah berusaha membimbing anak-anak mereka, tetapi gagal walaupun telah berusaha dan mencuba, berdoa kepada Allah S.W.T,  anggap sahaja ia nya ujian dari Allah S.W.T untuk menguji sejauh mana kesabaran kita. Bukan satu BALA. Tapi satu UJIAN.  


Allahualam...





Status update

By (Sorry tak nak siarkan nama penulis)
Emak akak nasihat: orang takde anak jangan sangka tak bahagia --- anak pun boleh mendatangkan bala, kalau takde anak duduk dua orang elek-elok pun takpe, janji mesti dua-dua setuju nak "work on" mencari kebahagiaan dgn apa yang sudah ada.... 

ANAK tak menjanjikan kebahagiaan, bila ada anak stress kita amatlah tinggi - orang tak cakap saja kat kita ~ dan nanti kita kena jawab dgn ALLAH di akhirat sejauh mana kita menjaga amanahnya memebesarkan anak? mendidiknya sembahyang & dsbgnya.... jadi bersyukurlah kawan2...


Tuesday, November 15, 2011

Nasi berkaki Lipas??

Fuh!.. lapar gila hari ni.. Pukul 12.00.. Yes! lunch time.. Tapi malas lar pulak nak keluar jauh - jauh.. Nak pergi town, jalan jam. Nak tak nak, tapau jer lar kat kantin depan tuh..


Sesampai kat kantin, hmm.. nak makan nasi...nak makan nasi.. lapar.. Tapau nasi.. ikan keli sekor.. nyum..nyum.. sayur kacang sikit.. hmm.. kuah kari lar.. Orait.. harga 5 hinggit.. fuh! Ikan keli sikit punya kecik, sayur kacang sikit, nasi pulak separuh.. 5 Ringgit dia charge aku.. Hmm.. tak apa, makan punya pasal.


Sampai pantry.. nyum..nyum... amik pinggan and nak start untuk makan.. tiba - tiba...





Uiks!! WHAT WAS THAT!!!!... terkejut punya pasal, tak pasal-pasal ter'speaking London. 
Apa tuh? Erk.. batang daun kari ker?? Kasi Zoom sikit nak tengok..


Eee.. Yek!! What the....tuuttttt... Terus aku buang nasik tersebut.. Terus kenyang seminggu aku rasa.. Apa lar punya Mak Cik kantin... Kalau nak fikir keutungan sekali pun, fikir la kebersihan kedai juga.. untuk pelanggan - pelanggan korang. Patut lar sikit sangat customer kat kat kedai Mak Cik yer.. Hmm.. siapa lar yang bertuah dapat body dan sesunggut makhluk ni....


Monday, November 14, 2011

Novel Ombak Rindu di filem kan??




Semalam tengah layan2 tengok TV mencari-cari channel yang ada cerita best, tiba - tiba ternampak video klip Hafiz ngan sorang penyanyi pompuan.. uiks!.. lagu baru Hafiz ker? duet ngan sape?... hmm.. rapat sikit kat TV, maklum lar.. mata grey (kelabu)..hik..hik..hik.. Uiks! lagu tema Ombak Rindu? yang novel tuh ker?? yang Izzah ngan Hariz tuh ker? Itu ker?.. hehehe.. bertubi - tubi soalan kat mulut aku.. Tak puas hati ni.. nak tahu jugak.. Apa lagi, aku pung start ar meng google.. Yes! betul.. Lakonan Aaron Aziz (Lagi).. Maya Karin dan jugak Lisa Surihani.


Huhuhu.. tak sabar nya nak tengok cerita ni.. Masa aku baca novel ni dulu.. kat kepala dah terbayang - bayang.. kalu wat filem kat best!!.. Harap - harap cerita ni se best Novel la yerk..
Tak sabar nak tengok...







Layan lirik Hafiz ft Adira jab.. lagu tema untuk filem Ombak Rindu ni.. Best jugak...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Sunday, November 13, 2011

AIM 2011 Baju Yuna Tak Cantik Lah..!!




Pertama - tama nya.. aku ucapkan tersangat - sangat tahniah kat Yuna sebab banyak menang kat AIM 2011 semalam.. yes!!.. You really2 deserved that.. Tapi rasa cam kecewa sket dengan baju yang Yuna pakai.. Hmm.. tak tahu lah takut aku yang buta fashion kan.. Tudung yang pakai macam nampak gaya2 African style pun ada





Kain pulak, kain yang macam jenis melekat dekat badan. So, time buat persembahan semalam nampak lekuk - lekuk dan garis badan.. Hmmm.. tak shantik sangattttt.... hehehe.. Sorry,, tapi itu lar yang aku nampak... Jangan marah... lazer plak i nih kan...

















Thursday, November 10, 2011

Novel Pilihan Usai Aku Terima Nikahnya






Semalam baru habis baca novel Karya Seni, Usai Aku Terima Nikah nya.. Hmmm.. mula-mula tu cam boring sket sebab penulisan dia macam skema.. Lepas tu bila dah masuk bab tengah - tengah tu, baru best.. Novel ni kira macam lain daripada yang lain sikit penceritaan dia.. Tak dapat nak agak ending dia.. Masa aku baca tu, kat dalam kepala dah agak dah.. mesti si Puteri ni kahwin dengan Iskandar.. Tapi bila baca dan baca, rupa nya tak.. Aik?? hehehe.. jadi secara automatik nya menggalakkan aku untuk terus baca dan membaca sampai habis.. Apa yang terjadi pada Iskandar?.. Hehehe,, korang beli lar.. tak rugi, memang best.. Bab-bab air mata.. tak feel sangat.. biasa jerk.. Tapi aku boleh bagi 4 bintang...

Sunday, November 6, 2011

Maharaja Lawak Mega, Adlin.. Kureng!!









Aku, actually tak follow sangat Maharaja lawak Mega this time. Sebabnya... hmmm.. tak tahu lar, rase cam.. Hmmm.. Payah nak cakap. Tapi untuk first and second episod tuh terlayan jugak lar.. itu pung siaran ulangan sebab dah tak ader cerita kat TV.


Tapi pada pandangan aku, pelawak2 malaysia macam kurang menyengat dan idea berbanding pelawak2 jiran tetangga.. Kenapa ek? Ada rasa macam kecewa lar jugak. Itu pung pelawak malaysia yang aku rasa best pung BawalPower, gandingan Bob Kuman ngan Sobrie. 


Untuk peserta perseorangan pulak, tak ada yang menarik hati, pada pandangan aku, Jalil Hamid dan Aflin, mengarut. Tak jadi lar lawak diorang. Setakat ni aku tengok persembahan perseorangan yang best Nabil jerk. (Walaupung tak minat dia.. hehehe). Mungkin Apek pung best.. Tapi kenapa Apek tak take part ek? Bagi aku Adlin, baik keluar jerk lar.. Segan nak tengok lawak yang dia buat.. ntah ape2 cite ntah. Mungkin apa segala kritilan dan nasihat2 dia pada peserta realiti TV sebelum ni, di apply kan pada diri dia sendiri Kan... hahaha..


Chow!!!...

Thursday, November 3, 2011

Terengganu OH! Terengganu...!!!

Huwaaa!!!... Sedih.. Kecewa... Duke!!! Lare!!!... Tak nak cerita panjang - panjang.. Walaupung tak berjaya menjuarai Piala Malaysia, tapi aku tetap berbangge dengan Terengganu... Pemenang tempat ke-2.. hmm.. ok lar.. alaaa.. yang buatkan Negeri Sembilan menang pung, Terengganu citizen gak kan... Hmm.. tak kesah pung.. Hahaha...


Baru sampai Studiumm... Samagatttt...!!!



Shopping Baju dolu..!!




Pilih...pilih...



I Follow....



Wajah Ceria Sblom Kalah.. hahaha






Wajah - wajah pilu lepas game...






Wednesday, November 2, 2011

Haloween???

Giler ar.. lame giler.. aku tak merepek kat dalam blog nih.. bukan boring, tapi masa tak mengizinkan dengan kerja yang bertambah-tambah giler and kat rumah sibuk ngan anak.. Hmm.. So, hari ni? tak busy ker?.. uiks.. busy jugak, tapi sketttttttt.... jerk.. 


Well, yesterday kat sekolah Khayra ada sambutan Halloween Day.. uiks berminggu - minggu jugak aku pikirkan idea aper nak pakai kat si Khayra nih.. maklum ler fisrt time aku terjebak dalam keadaan macam nih.. Because Khayra skolah kat International nyer school, so untuk foreigners, diorang wat lar sket2 kan...Maybe lar..


So, last2 this is my idea setelah berminggu-minggu meng serching internet.. Ini pung last minute nyer cari baju..


Mempersembah kan..... KHAYRA THE VAMPIRE GIRL... Hua..hua..hua..












My little Sweetie Ladybird... Keysha





P/S: Tahun depang.., takyah pening-pening kan kepale.. aku nak wat hantu Malaysia sudah.. Hantu Bocong ker... Hantu Mak Limah ker.. kan.. huhuhu...