Laman

Thursday, March 17, 2011

Tsunami Tragedyy!!




Pertama – tamanya aku mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan kan takziah kepada penduduk Jepun dia atas kehilangan sebahagian besar rakyat dan keluarga akibat Tsunami yang melanda di beberapa daerah di Jepun termasuk Sendai, Natori, Fukushima (Nuclear Plant), Minamisoma dan Miyagi and nak share ngan korang to get an idea of just how bad the Japan catastrophe is, jom kite visit the link below:



Okeh, skang aku nak cite kisah Tsunami yang mendebarkan jugak yang  terjadi kat kampong aku rentetan daripada effect Tsunami kat Jepun nih pada Jumaat lepas 11 March 2011. Nak di jadikan cerita pulak pada hari yang sama, adik aku melangsungkan perkahwinan nya pada Jumaat the same day Tsunami melanda Jepun. Rumah kitorang kat kampong pulak memang dekat giler lar ngan laut. Dekat-dekat sangat. Dekat sedekat-dekatnya.  Mase hari majlis tuh pun memang cuace sedikit mendung, dengan hujan renyai-renyai sekali – skala, pastuh dengan angin yang boleh dikatekan bertiup dengan kencang sikit. Dan pulak ombak pung nampak cam kuat dari biase. Gelombang pun tinggi jugak lar masa tuh. Tapi aku buat derk jerk mase tuh kan. Kami memang membesar kat tepi laut tuh and memang dah maklum dengan keadaan ombak yang macam tuh. Memang tak terfikir langsung pasal Tsunami dan tak tahu langsung Tsunami melanda Jepun pada hari tuh jugak.

Nih lar pantai kampung aku (Pantai Batu Pelanduk, Kampung Kuala Abang.) Mase nih air laut cantik.. Tak bergelora

Then, dekat-dekat nak pukul 6 petang, majlis dah nak berakhir , datang lar mak cik aku dengan tergesa-gesa. Aku orang yang first skali mak cik aku bagitau. “Ngah..Ngah.. cepat lari!!.. Bomba kawan ayoh cik bagi tau Tsunami kat Jepun kul 2 lebih tadi dan jangka sampai kat kita pukul 6.30 nanti.. Cepat ngah.. lari!!..” cam tuh lar ayat mak cik aku masa tuh. Bila dengor jerk macam tuh aku dah rasa darah dah naik kat kepala dah. Muke memang kalu tengok cermin pung mase tuh dah tak derk darah dah aku rasa. Pastuh aku terus dukung Keysha, cari husband aku kat dalam rumah. Aku amik apa yang patut.. barang2 berharga pastuh capai susu Keysha and Khayra dan terus turun dari rumah nak amik Khayra kat bawah. Pastuh cari punya cari tak jumpa pulak Khayra ngan Acu dia. Kemana lar dia pergi nih.. aku dah cuak giler.. nak nangis pung ader. Mana lar anak aku ngan adik aku pergi ni kan.. Semua orang dah naik kereta dah lari masuk kampong dalam, belakang bukit tuh. Tinggal aku, ngan parent aku terkial-kial cari dua orang nih. Aku call adik aku yang pengantin ari tuh tanya Nampak tak Khayra ngan Syafika (Acu), dia cakap takderk ngan diorang. Aku call kakak aku pun, diorang cakap tak ada.. Kemana lar diorang nih pergi. Ya Allah… !! takut nyer aku masa tuh. Dah lar masa tengah kitaorang bersiap-siap nak lari tuh, tetiba bunyi helicopter kat atas buat tinjauan.. lagilar kita orang cuak kan…

Last2 my husband buat decision cari skali lagi dalam rumah and luar rumah, then kalu takder gak kite pergi dulu.. Nanti call sape-sape kat sana cari. So, bila dah sah and puas hati cari tak jumpa, kitaorang pung lari masuk kampong dalam. On the way tuh, my sis call dia cakap anak aku Khayra & Syafika (Acu) ade kat umah Bapak Sedara aku kat dalam.. Syukurr.. tak terkira and lega sangat rasa nya. Rupa-rupa nya sepupu aku, anak pak cik aku nih dah larikan diaorang dengan motor. Dengan tak sempat pakai selipar nya. Sampai sana, aku terus dapat kan anak aku. Kesian dia.. Sambil peluk aku anak aku cakap.. “Ibu..Takut..takut..takut” sambil nangis.. Sampai aku pung sebak rasa nya. Then, bila dah rasa selamat kat sana, Ayah aku call Bomba and Polis sebab nak mengesahkan berita ni. Diorang cakap tak ada apa2 Cuma just suruh berjaga – jaga dan jangan hampiri pantai. Itu jerk.. Tapi perasaan kitaorang still tak tenang lagi. Yer lar kan, berjaga-jaga pung, kalu betul sampai..(nauzubillah..) kita orang yang first2 kena tau, sebab rumah kitaorang rapat ngan pantai. Pastuh dalam pukul 7 petang gitu. Bile perasaan dah reda sikit, kitaorang pung berpakat nak balik kemas-kemas apa yang patut. Yer lar.. majlis kawin tuh kitaorang tinggalkan camtuh jerk. Dengan P. A system still kat luar lagi. Dengan rumah yang tak berkunci dan bertutup. So, anak-anak kecik kitaorang tinggalkan kat umah Pak Sedara aku. Yang dewasa balik kejab, ambik baju-baju. Malam nih memang dah sah tidur kat rumah pak cik aku. Memang tak derk makna nya aku nak tidur umah kat kampong aku dah malam tuh. Menggigil aku nih sebab takut pung tak habis lagi. Kira nya semua orang satu kampong lari hari tuh.

Lepas kemas – kemas apa yang patut, husband aku decide ajak aku stay kat Motel Desa, atas Bukit Pak Apil, Chabang 3 Kuala Terengganu. So, malam tuh aku tidur kat atas bukit tuh lar. Nasib baik ada jugak tempat penginapan kat atas bukit nun. Adik aku plak si pengantin balik rumah mak mertua dia kat Manir. Hmm.. tak yah buat majlis hantar menantu lar lepas nih. Pengantin pompuan dah balik sendiri. Hihihi… Keesokan harinya, aku balik kampong aku.. tolong kemas2 apa yang patut. Malam berikut nya Husband aku ajak aku tidur rumah Mak Mertua aku kat marang pulak. Tepi pantai jugak.. aku ajak dia tidur kat Motel Desa tuh lagi. Dia tak nak. Dia cakap dah tak ada ape2 dah. So, malam tuh aku tidur lar kat Rumah mak mertua aku dengan perasaan tak tenang. Fobia Tsunami tak abis lagi. Dengan bunyi ombak nya yang kuat, memang aku tak boleh tidur langsung malam tuh.. Dah sakit kepala dah aku malam tuh duk pikir pasal Tsunami tuh. Itu baru sikit Allah S.W.T nak uji tuh. Kena gertak cam tuh, masing2 dah susah hati dah. Terpikir aku cam mana lah dengan penduduk2 kat Aceh dulu yang dilanda Tsunami dan yang terbaru Japan. Dengan anak2 yang hilang ibu bapa.. Ibu bapa yang kehilangan anak2 dan ahli keluarga. Bila berhadapan dengan situasi cam ni, aku dapat rasa cam mana keadaan diorang masa tuh. Allahuakbar!!.. Fikirkanlah…

Motel Desa Kuala Terengganu
Motel Desa, Bukit Pak Apil





Anak2 aku yang ketakutan dan keletihan





Anyway, untuk adik aku.. whatever pung, Selamat Pengantin Baru. Walaupun majlis perkahwinan penuh dengan tragedi, tetapi Alahamdullilah.. ia berakhir dengan penuh jaya nya.. ahaks!



Selamat Pengantin Baru Buat Kak Cik & Mie


0 comments:

Post a Comment