Laman

Thursday, March 31, 2011

Jangan Bersedih!!

Today khas untuk korang dan jugak diri aku sendiri. Jom mari sama2 kita memotivasikan diri sendiri hari ini. Setelah segala perih jerih yang kita lalui sepanjang beberapa minggu kebelakangan ni, mari sama2 hayati kandungan tertulis ini. Bertuah korang tau!. Bukan senang aku nak merajinkan diri nak menulis menda2 ning sume. Tapi oleh kerana ade one of rakan sekerja aku yang nampak ala2 tension sket tuh.. Jom hayati bersama2...  






Jangan bersedih! kerana kesedihan itu akan membuat harta yang tersimpan di dalam gudang dan di istana2 anda yang indah dan megah dan di dalam kebun - kebun anda yang menghijau itu hanya akan menambahkan kesedihan, kedukaan dan keputusasaan anda sahaja.

Jangan bersedih! kerana korang dan jugak diri aku sendiri masih mempunyai doa, kita masih boleh bersimpuh dihadapan pintu2 Tuhan Yang Maha Kuasa, memohon agar diberikan ketenangan. Kita juga masih memiliki waktu sepertiga akhir malam sebagai waktu mustajab dan masih memiliki waktu untuk menyerahkan segalanya kepada Allah dalam sujud.

Jangan bersedih! kerana kita masih boleh meneguk air yang jernih, dapat menghirup udara yang segar, dapat berjalan diatas kedua kaki yang sihat dan kita juga masih dapat tidur dengan nyenyak pada malam hari.

Jangan bersedih! maafkan orang yang menyakiti kita itu lebih baik walaupun perit kerana dendam akan mengorbankan hati, perasaan kedaimaian, kententeraman dan kebahagiaan kita. Akhirnya, hanya kerugian yang diperolehi.

Jangan bersedih! kerana dunia ini tidak selayak nya ditangisi. Kebahagiaan seseorang akan semakin bertambah apabila dia mampu mengabaikan semua perkara yang temeh dan tidak berguna. Tiada keinginan yang lebih mulia selain keinginan bertemu Allah. Bahagia di akhirat dan damai di sisi-Nya. Tiada ertinya sebuah keinginan yang hanya tertumpu pada kehidupan dunia semata2, keinginan untuk meraih kedudukan, jawatan, harta-benda, nama besar dan kemahsyuran kerana semua ini akan musnah dan lenyap. Sesungguh nya semua keinginan itu hanyalah keinginan yang temeh dan tak ternilai dan ianya dirasakan bernilai dan dipeduli oleh orang yang BODOH yang tidak berharga. Manakala bagi sahabat yang mulia, mereka selalu mengharapkan keutamaan dan KEREDAAN dari ALLAH S.W.T

RUJ: Jangan Bersedih (DR. 'Aidh bin 'Abdullah AL-Qarni)



2 comments:

ciknecr said...

kawan2 jangan bersedih yea..

Ennie said...

Sabarkan diri anda seadenyaa..

Post a Comment